BANNER

Wednesday, 25 January 2012

PENTERNAKAN ARNAB - JANUARI 2012 MINGGU KE-2

Pada tahun ini, penternakan Arnab diketuai En Mohd Zulfaizal dan En Abdul Murad bermula minggu kedua  dengan pembersihan kawasan,membaiki kandang,membersih kawasan dan menambah induk baru.


Berikut adalah penerangan lengkap penternakan arnab
(Klik DI SINI bagi mendapat info tambahan)

1. Pemilihan kawasan.

Pemilihan kawasan perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pembinaan kelak tidak membawa apa implikasi.
  • Kawasan pemeliharaan hendaklah bebas dari masalah banjir.
  • Kawasan hendaklah selamat dari gangguan pemangsa atau gangguan pada tahap minimum dan boleh dihalang
  • Tidak menganggu dan mendatangkan masalah kepada jiran tetangga.
2. Pemilihan baka.
Pemilihan baka hendaklah berasaskan kepada jenis produk yang akan dikeluarkan. Contoh : Jika arnab hidup dijadikan fokus pengeluaran, spesis-spesis yang mempunyai daya penarik seperti keadaan telinga, bulu, mata serta mudah mesra adalah lebih sesuai. 
Jika untuk pengeluaran daging, spesis yang cepat membesar, banyak melahirkan anak dan tahan cuaca dan penyakit adalah amat sesuai.

3. Pembinaan bangsal
Bangsal tradisional
Pembinaan hendaklah menggunakan material yang boleh tahan lama, ekonomi dan mudah diselenggarakan. Kayu-kayu hutan, buloh boleh digunakan untuk pembinaan ini tetapi penggunaan ini amat terhad terutama jangka hayat adalah singkat dan penyelenggaraan lebih kerap perlu dilakukan.

Material logam atau konkrit 



4. Pembinaan sangkar.
Sangkar tradisional
Pembinaan hendaklah menggunakan material 100% logam ( dawai )yang tahan karat tetapi bukan stainless steel. Pembinaan bentuk modular adalah lebih praktikal dan sesuai. Setiap sel atau sangkar seharusnya mempunyai cukup ruang untuk pergerakan seekor atau lebih arnab dalam satu sel.
Sangkar modular
5. Jarak minimum lantai reban dengan tanah ialah 24-30 inci.

6. Setiap sel hendaklah berukuran minima 18 inci lebar X 18 inci tinggi X 26 inci panjang. Sel-sel boleh dibina samaada dalam bentuk satu sel atau gabungan beberapa sel dalam 1 unit sangkar.

7. Semua unit sangkar seharusnya dalam konsep mudah alih. Ini untuk memastikan sesi penyenggaraan mudah dikendalikan.

8. Pembinaan kotak anak
Kotak anak
Kotak anak adalah satu ruang yang dibuat khas sebagai tempat induk melahirkan anak. Kotak ini seharusnya dibina menggunakan meterial kayu/papan yang tidak terlalu keras. Kotak selain untuk dijadikan tempat induk beranak, tepi-tepi kotak juga boleh memberi peluang induk arnab mengasah gigi.

9. Bekas Makanan.
Bekas makan boleh disediakan menggunakan meterial terbuang dengan sedikit penambahbaik. Bekas plastik dan logam amat sesuai untuk dijadikan bekas makanan. Bagaimanapun, terdapat kecenderungan sesetengah arnab mempunyai sifat yang agak 'nakal'. Tabiat suka menterbalik, membuang najis dan duduk bersantai dalam bekas makanan adalah fenomena biasa bila menggunakan bekas makanan jenis ini.
Di pasaran, terdapat bekas makanan komersial yang mudah diurus dan dikendalikan. Namun begitu kos untuk perolehan peralatan ini agak tinggi. Bagaimanapun, penggunaan peralatan untuk jangkamasa panjang amatlah berbaloi.

10. Bekas Minuman
Secara tradisional, semua bekas yang boleh menakung air boleh digunakan sebagai bekas minuman arnab. Penggunaan bekas terpakai amat praktikal dari segi kos dan penggunaan semula bahan terbuang. Bagaimanapun penjagaan dan penyenggaraan agak lebih rumit berbanding dengan penggunaan bekas minuman komersial yang berupa sistem paip automatik atau botol berinjap.

MENGENALI ARNAB
Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata. Haiwan ini hidup secara berkoloni dan tinggal didalam lubang yang dikorek. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, seekor arnab mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Dengan kadar kelahiran yang tinggi amat cepat berkembang telah menyukarkan para peladang untuk mengawal populasi. Tempoh matang arnab betina ialah 4 hingga 5 bulan dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.

FAKTA LAIN TENTANG ARNAB

Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam

No comments:

Post a Comment