BANNER

Wednesday 25 January 2012

HIDROPONIK- PERKEBUNAN MODEN

TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM RAKIT (UNTUK HOBI)

Peringkat Percambahan Benih

Benih dicambah dengan menggunakan kiub oisis (span pencuci periuk boleh jadi pengganti) sebagai medium semaian bagi percambahan biji.. Kiub oisis yang mengandungi biji benih diletakkan dalam takung mengandungi air bersih untuk percambahan biji.

Gambar


Aktiviti Semaian
Takung kecil, kiub oasis(medium percabahan) lidi satey biji benih dan baja merupakan pealatan dan bahan perlu untuk seamian beneh.



Biji beneh (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub oisis) yang telah diguris dibahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya.



Air bersih dimasukkan kedalam takung semaian. Medium semaian yang sudah dimasukkan biji benih kedalanya ditekan-tekan dengan tangan bagi membolihkan air meresap kedalamnya bagi tujuan percabahan benih.



Pada hari kedua (biji benih mula bercabah), larutam baja dengan setengah kadar kepekatan dimasukkan kedalam takung semaian.



Pada hari ke 10 atau ke 11 anak benih telah mula membesar dalam kiub oisis dan sedia untuk dipindahkan ke takung pembesaran.(tinggalkan satu pokok yang subur sahaja bagi setiap satu kiub oasis)



Peringkat Pebesaran

Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan kerakit bagi diapungkan dalam kolam atau takung untuk pembesaran.




Gambar Rakit polistrin berukuran 15cm x 15 cm (6in x 6 in ) dengan lubang atau tingkap di bahagian tengah bagi memasukkan anak benih beserta medium semaian. Rakit ini digunakan untuk mengapungkan tanaman dalam takung atau kolam bagi dibesarkan.




Anak benih dalam kiub oasis dimasukkan kedalam tingkap rakit.



Anak benih bersama medium semaian dimasukkan kedalam tetingkap rakit untuk diapungkan kedalam larutan baja.




Kelihatan akar pokok di bahagian bawah tingkap rakit




Rakit yang mengandungi anak benih diapungkan kedalam takung. Takung telah terlebih dahulu dimasukan larutan baja dengan kepekatan penuh.

Rakit-rakit yang mengandungi anak benih diapungkan kedalam takung bagi tujuan pebesaran.
ph meter diguna untuk uji ph larutan
ppm meter diguna untuk ukur kepekatan larutan


Rakit yang mengandungi pokok diapongkan untuk pembesaran. Takung dibuat daripada kayu 0.5 in x 6 inci. Tanah bertindak sebagai tapak takung. Plastik dialas dibahagian dalam takung untuk menahan air.


Rakit yang mengandungi pokok yang matang pada hari ke 30.



TEKNOLOGI 2

TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM
TAKUNG PLASTIK (UNTUK HOBI)

Peringkat Percambahan Benih (sama dengan teknologi rakit diatas).

Peringkat Pembesaran

Gambar


Aktiviti
Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah takung plastik, penutup takung, cawan atau bakul hidroponik, ppm meter (ukur kepekatan larutan), ph meter (ukur ph larutan)
Stok baja dimasuk dan dilarutkankkan kedalam takung yang telah diisi dengan air bersih.
Ph diukur untuk menentukan bacaannya antara 5.5 hingga 6.5. Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai.

Jika ph tinggi daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air bateri kedalam larutan dan kacau, sukat semula hingga dapat bacaan yang sesuai.
PPM diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja sesuai untuk pertumbuhan pokok. Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika bacaan lebih rendah ,tambah lagi stok baja, sebaliknya tambah air bersih sekiranya kepekatan lebih tinggi.
Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan kedalam cawan hidroponik


Masukkan anak benih bersama medium percambahan kedalam bakul atau cawan hidroponik.


Masukkan cawan l yang telah mempunyai anak benih kedalam lubang pada penutup takung untuk tujuan pembesaran. Pastikan akar pokok bersentuh dengan larutan baja dalam takung.

Penjagaan- air mesti sentiasa ditambah hingga keparas yang sesuai kerana pokok memerlukan air dalam pembesarannya. Pada hari ke 30 salad sedia untuk dituai.



CATITAN :


Takung hidroponik hendaklah diletakkan di bahagian patio atau balkoni yang terlindung dari hujan serta menerima cahaya matahari Air hujan hendaklah dipastikan tidak masuk ke dalam takung agar larutan baja tidak menjadi cair. Elakkan menyembur racun serangga sebelum 1 minggu memungut hasil.

Keperluan Larutan Nutrien Mengikut Sukatan

Unsur Makro


Kepekatan (ppm)


Unsur Mikro


Kepekatan (ppm)
N 125 Fe 0.94
P 31 Mn 0.14
K 215 H 0.16
Ca 84 Cu 0.03
Mg 24 Zn 0.13
S 35 Mo 0.03

TEKNOLOGI 3

Read more: http://www.oocities.com/hidroponik_malaysia/teknologi

PENUBUHAN BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMK LAYANG-LAYANG

Pada Jumaat 20 Januari 2012,terlaksana penubuhan BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMK LAYANG-LAYANG.  Dengan kehadiran 18 orang ibu bapa dan penjaga menunjukkan majoriti mereka menyokong penuh usaha murni ini bagi kemajuan dan kebajikan anak-anak mereka.Sesungguhnya, penubuhan "PIBG mini" ini akan menjadi wadah bagi ibu bapa,penjaga dan guru saling berbincang dan bertukar pendapat berkaitan pembelajaran pelajar pendidikan khas.

Hari  Jumaat  yang mulia itu memberi tuah kepada para ibu bapa dan penjaga kerana bertemu buat kali pertama dengan Pengetua SMK Layang Layang yang baharu sahaja tiba di sekolah ini bagi melaporkan diri untuk bertugas .Puan Pengetua telah sudi berbual berucap sepatah dua kata yang merupakan ucapan rasmi pertama sebagai pengetua sekolah ini dan berkenalan dengan ibu bapa.

Dalam mesyuarat agung kali pertama yang diadakan, Tn Hj Zainal Abidin Osman telah dipilih menjadi Pengerusi Badan Kebajikan Pelajar Pendidikan Khas SMK Layang Layang kali pertama.

PENTERNAKAN ARNAB - JANUARI 2012 MINGGU KE-2

Pada tahun ini, penternakan Arnab diketuai En Mohd Zulfaizal dan En Abdul Murad bermula minggu kedua  dengan pembersihan kawasan,membaiki kandang,membersih kawasan dan menambah induk baru.


Berikut adalah penerangan lengkap penternakan arnab
(Klik DI SINI bagi mendapat info tambahan)

1. Pemilihan kawasan.

Pemilihan kawasan perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pembinaan kelak tidak membawa apa implikasi.
  • Kawasan pemeliharaan hendaklah bebas dari masalah banjir.
  • Kawasan hendaklah selamat dari gangguan pemangsa atau gangguan pada tahap minimum dan boleh dihalang
  • Tidak menganggu dan mendatangkan masalah kepada jiran tetangga.
2. Pemilihan baka.
Pemilihan baka hendaklah berasaskan kepada jenis produk yang akan dikeluarkan. Contoh : Jika arnab hidup dijadikan fokus pengeluaran, spesis-spesis yang mempunyai daya penarik seperti keadaan telinga, bulu, mata serta mudah mesra adalah lebih sesuai. 
Jika untuk pengeluaran daging, spesis yang cepat membesar, banyak melahirkan anak dan tahan cuaca dan penyakit adalah amat sesuai.

3. Pembinaan bangsal
Bangsal tradisional
Pembinaan hendaklah menggunakan material yang boleh tahan lama, ekonomi dan mudah diselenggarakan. Kayu-kayu hutan, buloh boleh digunakan untuk pembinaan ini tetapi penggunaan ini amat terhad terutama jangka hayat adalah singkat dan penyelenggaraan lebih kerap perlu dilakukan.

Material logam atau konkrit 



4. Pembinaan sangkar.
Sangkar tradisional
Pembinaan hendaklah menggunakan material 100% logam ( dawai )yang tahan karat tetapi bukan stainless steel. Pembinaan bentuk modular adalah lebih praktikal dan sesuai. Setiap sel atau sangkar seharusnya mempunyai cukup ruang untuk pergerakan seekor atau lebih arnab dalam satu sel.
Sangkar modular
5. Jarak minimum lantai reban dengan tanah ialah 24-30 inci.

6. Setiap sel hendaklah berukuran minima 18 inci lebar X 18 inci tinggi X 26 inci panjang. Sel-sel boleh dibina samaada dalam bentuk satu sel atau gabungan beberapa sel dalam 1 unit sangkar.

7. Semua unit sangkar seharusnya dalam konsep mudah alih. Ini untuk memastikan sesi penyenggaraan mudah dikendalikan.

8. Pembinaan kotak anak
Kotak anak
Kotak anak adalah satu ruang yang dibuat khas sebagai tempat induk melahirkan anak. Kotak ini seharusnya dibina menggunakan meterial kayu/papan yang tidak terlalu keras. Kotak selain untuk dijadikan tempat induk beranak, tepi-tepi kotak juga boleh memberi peluang induk arnab mengasah gigi.

9. Bekas Makanan.
Bekas makan boleh disediakan menggunakan meterial terbuang dengan sedikit penambahbaik. Bekas plastik dan logam amat sesuai untuk dijadikan bekas makanan. Bagaimanapun, terdapat kecenderungan sesetengah arnab mempunyai sifat yang agak 'nakal'. Tabiat suka menterbalik, membuang najis dan duduk bersantai dalam bekas makanan adalah fenomena biasa bila menggunakan bekas makanan jenis ini.
Di pasaran, terdapat bekas makanan komersial yang mudah diurus dan dikendalikan. Namun begitu kos untuk perolehan peralatan ini agak tinggi. Bagaimanapun, penggunaan peralatan untuk jangkamasa panjang amatlah berbaloi.

10. Bekas Minuman
Secara tradisional, semua bekas yang boleh menakung air boleh digunakan sebagai bekas minuman arnab. Penggunaan bekas terpakai amat praktikal dari segi kos dan penggunaan semula bahan terbuang. Bagaimanapun penjagaan dan penyenggaraan agak lebih rumit berbanding dengan penggunaan bekas minuman komersial yang berupa sistem paip automatik atau botol berinjap.

MENGENALI ARNAB
Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata. Haiwan ini hidup secara berkoloni dan tinggal didalam lubang yang dikorek. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, seekor arnab mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Dengan kadar kelahiran yang tinggi amat cepat berkembang telah menyukarkan para peladang untuk mengawal populasi. Tempoh matang arnab betina ialah 4 hingga 5 bulan dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.

FAKTA LAIN TENTANG ARNAB

Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam

KACANG PANJANG RENEK - JANUARI 2012

Pada tahun 2012, kami memulakan aktiviti pertanian dengan  menanam kacang panjang renek.
Perkebunan kini diterajui oleh En Abdul Murad dengan dibantu En Mohd Zulfaizal dan Pn Nuridah
.Tanaman pertama ini merupakan percubaan pertama bagi PK SMKLL .Jika berjaya,tanaman ini akan dikomesialkan.




 STANDARD PENANAMAN
1. Menyediakan kawasan penanaman,membersih rumput/sampah dan menggembur tanah
2. Mengukur dan membuat lubang tanaman dan menamam biji benih
3. Menyiram dan pembajaan
4. Menjaga tanaman mengikut jadual seperti meyiram,membaja, dan merumput.
5. Memunhgut hasil dan menuai dengan teknik yang betul.

Berikut adalah penerangan terperinci berkaitan tanaman tersebut daripada Jabatan Pertanian Perak
Klik DI SINI

KACANG PANJANG  RENEK

Kacang panjang jenis rendah ini dipercayai berasal dari Filipina dan dibawa masuk ke Selatan Thailand.  Dari situ ia di bawah ke utara negeri Kedah.  Penyelidik yang dilakukan oleh Stesen MARDI Jalan Kebun, dari tahun 1996-1999, kacukan antara kacang panjang jenis memanjat dengan cowpea (cv. group unguiculata) menghasilkan 'MKP Renek'.  Perbezaan yang ketara daripada varieti memanjat ialah pertumbuhan yang renek dan pusingan tanaman yang pendek.
PENANAMAN:
MKP sesuai ditanam di kawasan tanah gambut.  Bajak tanah dengan kapur (magnesium limestone) dengan kadar  2.5 mt/ha.  Gaulkan baja organik (tahi ayam reput) dengan kadar 2 mt./ha.  Biji benih ditanam sedalam 3 cm (2-3 biji selubang) dengan jarak 70 cm x 25 cm dan jarak antara batas ialah 1.0 m.  Ketinggian pokok antara 45 cm - 60 cm.
PENGUTIPAN HASIL:
MKP mula berbunga antara 40 hari atau 5-6 minggu selepas menanam.  Kelopak bunga berwarna biru muda dan mengeluarkan kacang antara 25-45 cm panjang dan 0.6-0.8 cm garispusat.  Pengutipan hasil dilakukan sehingga 8-10 minggu bermula dari tempoh menanam, bergantung kepada kesuburan pokok dan kesesuaian tanah.  Kajian mendapati varieti ini boleh mengeluarkan hasil lebih kurang 130-160 g lenggai / pokok atau 9-111 mt/ha.  Anggaran harga di ladang RM1.50/kg.   Analisis ekonomi juga menunjukkan MKP Renek adalah menguntungkan dan berpotensi luas.
Kawalan Serangga dan Penyakit:
Sembur racun serangga carbaryl untuk mengawal pelombong daun dana racun kulat maneb untuk mengawal bintik daun.
Kelebihan MKP Renek:
Varieti ini didapati tumbuh dengan baik di kebanyakan tempat yang telah dicuba.  Selain daripada itu, MPK Renek mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk ditanam secara komersil.  Ciri-ciri ini adalah seperti berikut:-
  • Pokok yang Renek
    Keadaan fizikal yang rendah membolehkan jentera digunakan dalam menanam, merumpai, membaja, mengawal perosak dan lain-lain aktiviti dalam operasi pengeluaran di ladang.  Pokok ini tidak memerlukan junjung dan ini mengurangkan kos hampir 50% pengeluaran.
     
  • Pusingan hidup yang pendek
    Jangka hayat kacang panjang renek lebih pendek. Pengeluaran lengai tertumpu ke satu tempat atau synchronous.  Lengainya juga lebih pendek daripada jenis biasa. Keadaan ini mengurangkan risiko serangan penyakit, serangga dan kecederaan akibat alam semula jadi.  Ciri ini juga membolehkan MKP Renek boleh ditanam beberapa kali dalam setahun.
     
  • Lenggai yang pendek
    Lenggai kacang yang dihasilkan adalah pendek dan ini memudahkan proses pasca tuai, pembungkusan dan penyimpanan bagi maksud pemasaran.
     
  • Pengeluaran lenggai di bahagian atas kanopi
    Ciri-ciri ini membolehkan liputan semburan racun perosak yang baik.  Juga telur-telur serangga pengorek yang mungkin terdapat di permukaan bunga mudah di bawa air.

Wednesday 18 January 2012

GURU 2012

Dari kiri: En Abdul Murad ,En Mohd Zulfaizal,Tn Hj Zainal Abidin
,Cik Noorul Elieana,Cik Sarogeni dan Pn Nuridah

Guru-guru dan pelajar PK SMKLL

MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN AWAL TN HJ ZAINAL ABIDIN OSMAN


MAJLIS PERPISAHAN  SEMPENA PERSARAAN AWAL TN HJ ZAINAL ABIDIN OSMAN
Pengetua Baru Pn  Hajah Siti Fatimah Bt  Umar
Barisan Pengurusan Sekolah


Barisan Pelajar Di Perhimpunan Persaraan
Pelajar bersalaman dengan Tn Hj Zainal