BANNER

Saturday 22 October 2011

Layang Layang Flash

Flash SMK Layang Layang
(Klik Gambar atau Ayat Di Atas)

SMK LAYANG-LAYANG


PROFIL SEKOLAH 
SMK LAYANG LAYANG
KLUANG JOHOR 

NAMA RASMI SEKOLAH

Di awal penubuhannya, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah
Rendah Layang-Layang sempena lokasi sekolah di daerah Layang-Layang. Perubahan masa dan pertambahan jumlah pelajar hingga ke tahap SPM,telah merubah nama kepada Sekolah Menengah Layang-Layang. Nama sekolah sekali lagi mengalami perubahan apabila Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah Menengah menggunakan nama “Kebangsaan” sebagai nama rasmi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang.

SEJARAH PENUBUHAN

SMK Layang-Layang telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1984. Pada awalnya sebuah “bangunan kilat” (pasang siap) yang mengandungi enam bilik darjah telah dibina di kawasan Sekolah Kebangsaaan Pekan Layang-Layang. Empat buah bilik darjah telah digunakan untuk menampung empat kelas peralihan. Sebuah bilik dijadikan makmal sains dan sebuah lagi sebagai surau. Empat kelas tingkatan satu terpaksa menumpang di bangunan induk SK Pekan Layang -Layang. Ketika itu persekolahan terpaksa dijalankan pada sesi petang. Walaupun SMK Layang-Layang terpaksa menumpang di SK Pekan Layang-Layang selama setahun dan segala peralatan sains serta buku teks telah dipinjam dari SMK Datuk Haji Hassan Yunos, Renggam namun akhirnya ia dapat berdiri megah sebagai sebuah sekolah yang mempunyai prasarana lengkap seperti sekarang. Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang telah dirasmikan oleh
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Johor, pada hari Rabu 15 Februari 1989 Masihi bersamaan 9 Rejab 1409.



TAFSIRAN LENCANA

Biru : Bermaksud harmoni. Itulah tujuan pendidikan. Keadaan yang aman,
tenteram dan damai perlu dicapai.

Kuning : Melambangkan mulia. Warna Diraja juga kuning yang melambangkan mulia. Orang
yang harus dimuliakan ialah orang yang berilmu. Sekolah adalah tempat menimba
ilmu untuk mendapatkan kemuliaan diri.

Buku dan mata pena dalam bulatan: Membaca dan menulis tidak boleh dipisahkan jikalau kita
hendak menjadi orang yang berilmu.
Roda : Menunjukkan Sains dan Teknologi. Ilmu yang ada perlu diamalkan untuk kejayaan.
Roda terus berpusing bermakna usaha perlu juga berterusan.

Sayap: Menunjukkan kita akan berada Layang-Layang di atas. Bermakna mempunyai
dan Wau kedudukan tinggi jikalau berilmu dan diseimbangkan dengan pengetah

amalan yang mantap seperti mana rajah bulan di tengah-tengah logo .

MAKLUMAT WIKIPEDIA
Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang (SMKLL) ialah sebuah sekolah menengah harian di Layang-Layang, daerah Kluang, Johor. Sekolah ini terletak 33 km dari bandar Kluang dan 2 km dari pekan Layang-Layang.
        SMK Layang-Layang telah dibina pada tahun 1984 di bawah Rancangan Malaysia yang ke–4 di sebuah tapak seluas 19 ekar. Ia dirasmikan oleh Pemangku Raja Johor Tunku Mahkota Ibrahim Ibni Sultan Iskandar pada 15 Februari 1984 bersamaan 9 Rejab 1409 H.
Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1984. Pada peringkat awalnya empat kelas tingkatan satu terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Layang-Layang. Pada ketika itu persekolahan terpaksa dijalankan pada sesi petang kerana kekurangan kemudahan fizikal. Walaupun SMK Layang-Layang menumpang di sekolah Kebangsaan Pekan Layang-Layang selama setahun, tetapi segala peralatan dan buku-buku telah dipinjam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hassan Yunus, Renggam. Sekolah ini telah dinaikan taraf ke Gred A pada tahun 1998.
 

LAYANG-LAYANG


SALAM PERKENALAN.Melihat kepada paparan  gambar di atas ,mudah bagi anda meneka profil kami berasaskan gambar tersebut.Kelas kami, Kelas Pendidikan Khas SMK  Layang-Layang,Kluang Johor merupakan kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang telah dibuka sejak 2008.